WORSHIP SONG


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Kamis, 28 Januari 2010

Raised from the Dead " Selama 42 jam diangkat ke Sorga dan Neraka "





BANGKIT DARI KEMATIAN

PASTOR DANIEL EKECHUKWU

(Translated to Bahasa Malaysia By Ryan Lawson Guruak)


Diceritakan Oleh:David Sevant

Pastor Daniel Ekechukwu berasal dari Onitsha, Nigeria, melayani sebagai pastor di Gereja Power Chapel Evangelical.

Pastor Daniel Ekechukwu secara Fizikal telah disahkan mati pada petang hari Jumat, 30hb November 2001. Badannya terlantar mati selama tidak kurang daripada 42 jam dan Rohnya telah diangkat naik ke Syurga dan Neraka semasa kematian fizikalnya. Dia kemudian bangkit dari kematian fizikalnya pada masa antara 3.50 – 5.15 Petang pada Hari Minggu, 2hb Disember 2001. di perkarangan Gereja Grace of God Mission, Onitsha, Nigeria.


Kisah Kejadian:

Pada 29hb November 2001, Pastor Daniel dan isterinya, Nneka menghadapi perselisihan faham antara mereka sehingga isterinya menampar Pastor Daniel. Pastor Daniel terasa amat tersinggung dengan kejadian ini menyebabkan dia tidak mengendahkan teguran isterinya pada keesokan paginya walaupun mengikut cerita Pastor Daniel, reaksi isterinya berhajat untuk berdamai. Pastor Daniel meninggalkan rumah pada awal pagi lagi kerana ada urusan tertentu. Pastor Daniel mengakui bahawa sepanjang hari pada 30hb November 2001 selepas kejadian itu, dia merasa marah untuk memikirkan bagaimana menangani isterinya apabila dia tiba di rumah nanti. Dia rasakan tidak, walau baagimanapun dia balik juga pada haei Jumaat itu.

Daniel Ekechukwu and his wife, Nneka

Pastor Daniel mendedahkan bahawa (dia menceritakan hal ini selepas kebangkitannya) dalam fikirannya dia bercadang untuk meminta kebenaran daripada pihak gereja supaya memberikan kebenaran kepadanya untuk memisahkan isterinya daripada tinggal di Rumah selama satu bulan sebagai hukuman kepadanya.

Semasa dia memandu balik ke rumah petang itu, tiba-tiba brek mercedes 230E yang sudah berusia 20 tahun itu gagal berfungsi semasa menuruni satu bukit yang curam, menyebabkan kereta itu terlanggar tembok Konkrit penghadang. Oleh kerana dia tidak memakai tali pinggang menyebabkan dadahnya terhentak kuat ke atas steering wheel dan tombolnya menyebabkan ia cedera. Pastor Daniel muntah darah dan menghadapi sesak nafas (tidak dinyatakan yang dia kemudian kehilangan tanda-tanda masih bernyawa). Dia tidak berupaya keluar dari dalam kereta itu, namun orang awam yang budiman pergi memberikan bantuan dengan menariknya keluar dan menghantarnya ke Hospital St. Charles, Borromeo (Boromyuo) berhampiran dengan pekan Onitsha.

Selepas beberapa minit tiba di Hospital, doktor terus memulakan rawatan kecemasan tetapi Daniel rasakan badannya tidak memberi apa-apa reaksi lalu dia mula berdoa kerana dia tahu dia akan mati. Dia berdoa dan minta Tuhan mengampuni semua dosanya supaya dia sedia mengadap Bapa. Berita kemalangan ke atas Daniel juga telah disampaikan kepada isterinya. Isterinya pengsan apabila mendengar khabar ini. Dia kemudian dibawa oleh jirannya setelah ia sedar. Ede Samuel (yang telah menceritakan dengan panjang lebarnya mengenai kejadian ini) telah bersamanya dan menyaksikan perkara yang berlaku sehingga pada hari ke-3.

Setibanya di Hospital, isteri Pastor Daniel menangis dan kelihatan merayu agar jangan mati meninggalkannya. Doktor yang merawat ketika itu menyatakan tidak ada harapan untuk menyelamatkan nyawa Daniel (sebagai pengetahuan Hospital di sini masih tidak lengkap memandangkan Nigeria adalah negara mundur atau Negara Ketiga). Daniel meminta supaya dia dihantar ke Hospital Umezuruikel, Owerri di mana keluarganya biasa berubat. Isteri Daniel mengatur ambulan dan membawanya ke Hospital itu yang mempunyai jarak 80 km. (Dalam perjalan menuju ke Hospital Umezuruike inilah, Pastor Daniel meninggal dunia).

Dalam perjalanan ke Hospital Umezuruikel, isteri Daniel duduk di bahagian hadapan. Pastor Daniel terlantar di bahagian belakang. Daniel mula merasakan dia tidak dapat bertahan lama, lalu dia memanggil isterinya datang ke sisi. Daniel mula bercakap mengucapkan selamat tinggal, memberi kata-kata pesanan kepada Gerejanya dan dokumen peribadi yang berkaitan. Isteri Daniel menangis kuat dan mengeluarkan kata-kata bahawa dia tidak seharusnya bercakap pasal kematian kerana dia memiliki keperibadian dalam keTuhanan dan mempunyai iman.

Semasa bercakap, tiba-tiba Daniel mula melihat dua Malaikat putih yang sangat besar. Daniel cuba bercakap kepada Malaikat itu tetapi satu daripadanya memegang jari Daniel dan meletakan di bibirnya dengan bermaksud supaya Daniel diam. Malaikat itu mengangkat Daniel ke satu sisi lagi dan Daniel menyedari kini ada dua tubuh jasmaninya. Dua Malaikat memegang kedua-dua lengan Daniel, sementara badannya yang satu terlantar di bawah. Sejurus itu mereka meninggalkan ambulan dan Daniel terus tidak lagi mengingati dunia nyatanya.

Kereta ambulan tiba di Hospital Umuzurike apabila sudah larut malam pada hari Jumaat, 30 November 2001, tetapi Doktor yang biasa merawatnya tidak ada. Hanya kakitangan yang bertugas ketika itu mula memeriksa tubuh badan Daniel. Mereka memberitahu Daniel tidak bernyawa lagi. Isteri Daniel masih belum puas hati lalu mereka memandu pergi ke Federal Medical Center tetapi juga tidak ada Doktor bertugas. Akhirnya mereka pergi ke Klinik Eunice dan di sana Doktor Josse Annebunwa membuat pemeriksaan dan mengesahkan kematian Daniel setelah dia mendapati tubuh Daniel tidak bernafas, jantung tidak berdenyut dan kelopak matanya pejal. Seterusnya Sijil Mati dikeluarkan pada 11.30 malam, bertarikh 30 November 2001. mereka membawa balik mayat Daniel ke rumah Bapanya yang tidak berapa jauh. Bapa dan keluarga Daniel amat kesal dengan kejadian yang menimpa Daniel lalu menangis dengan sedihnya.

Bapa Pastor Daniel kemudian mengarahkan supaya mayat anaknya dibawa ke Hospital Ikeduru, Sebuah Hospital Umum Jenazah yang tidak berapa jauh dan tiba di sana pada jam sekitar 1.00 pagi, hari sabtu pagi. Apabila sampai di sana, seorang Penjaga Mayat, Mr. Barlington Manu kemudian menerima mayat Daniel dan mencatitkan data peribadi mayat Daniel. Oleh kerana bilik mayat di sini kekurangan kelengkapan seperti Bilik Sejuk maka Penjaga Mayat kemudianya menyuntik bahan pengawet ke mayat Daniel pada jari dan kakinya. Penyuntikan yang lebih banyak akan dilakukan kemudian.



Di atas adalah senarai rekod mayat yang diterimamasuk yang dikendalikan oleh En. Manu. Beratus-ratus senarai yang tercatat dalam buku ini, juga nama Daniel Ekechukwu juga telah dicatat dan tarik penerimaan mayatnya ialah pada

Nov 30, 2001. Tarikh mayat dituntut oleh keluarganya ialah pada Nov 2, 2001


Apabila Penjaga Mayat itu pergi membuat tebukan di bahagian paha mayat Daniel bagi menambah suntikan seterusnya, dia mengalami satu kuasa ganjil yang menolaknya jauh daripada mayat Daniel. Keadaan ini tidak menghairankannya kerana dia pernah mengalami kuasa ganjil seperti ini daripada mayat-mayat yang ada mengamalkan pemujaan kuasa-kuasa ghaib semasa hidup mereka ( dilaporkan ramai yang mengamalkan pemujaan kuasa ghaib di Afrika). Dia mencuba kedua kalinya, tetapi masih terjadi kuasa yang sama, lalu ia menyangkakan Daniel ini mesti seorang yang mengamalkan kegiatan anutan kuasa mahkluk halus. Tetapi dia berpendapat kuasa ini akan lenyap apabila upacara khas diamalkan untuk menjauhkan kuasa tersebut.

Pada sekitar jam 2.00 pagi Penjaga Mayat yang mana tinggal bersebelahan dengan bilik mayat, terganggu dengan satu bunyi seakan ada nyanyian muzik penyembahan datang dari arah dalam bilik mayat. Bunyi itu berhenti apabila sampai di pintu masuk bilik mayat. Penjaga mayat mencari-cari dari mana arah bunyi itu. Dia mula sangat gementar apabila dia terlihat ada cahaya terang keluar dari muka mayat Daniel.

Keesokan harinya, lewat hari Sabtu, 1 Disember 2001 itu juga sekali lagi penjaga mayat itu mencuba membuat tebukan di paha mayat Daniel tetapi kuasa ganjil yang sama masih terjadi. Demikian juga pada malam itu bunyi penyembahan dari dalam bilik mayat juga terjadi lagi. Oleh kerana kejadian-kejadian ini berterusan dan menggangu, lalu Penjaga Mayat memutuskan untuk berjumpa bapa arwah Daniel ini bagi memberitahu apa yang terjadi dan meminta agar mayatnya dituntut. Belum pun dia sampa ke rumah, isteri Daniel mengalami mimpi di mana dia melihat wajah suaminya dan memberitahu mengapa dia ditinggalkan di rumah mayat itu. Dalam mimpinya itu Daniel memberitahu bahawa dia tidak mati dan dia harus dibawa ke Onitsha di mana seorang penginjil bangsa Jerman, Reinhard Bonnke sedang berkhotbah. Dia meyakinkan berbuat demikian walaupun keluarganya berpendapat dia berfikiran tidak waras. Ketika itu masa sudah hampir malam hari sabtu dan mayat Daniel sudah mencapai 24 jam selepas kematiannya. Keluarganya terpaksa mengalah dan membeli keranda mayat dan pakaian untuk dipakai kepada mayat Daniel. Penjaga mayat itu terpaksa memotong baju itu kerana tubuh Daniel sudahpun “mengeras” dan sukar untuk dikenakan pakaian. Pada pagi 2 Disember, hari Ahad sebuah kereta Ambulan khas telah disewa bagi membawa mayat Daniel ke Gereja Grace of God Mission, sebuah gereja yang besar di Onitsha, di mana Penginjil Reinhard Bonnke sedang berkhotbah dalam kebaktian petang. Mereka mengambil masa 1 ½ jam untuk sampai ke situ dan tiba pada jam kira-kira jam 1.00 petang.

Semasa di sana, kawasan perkarangan Gereja itu dikawal ketat oleh Pengawal Keselamatan Khas bagi Reinhard Bonnke (Nota: Reinhard pernah menerima ancaman bunuh terutama oleh penganut Islam di Afrika sementara itu kejadian Bangunan WTC di US baru saja dimusnahkan oleh pengganas beberapa minggu yang lalu ketika itu). Dengan sebab ini pengawal keselamatan tidak membenarkan keranda itu dibawa masuk ke dalam Gereja kerana disyaki kemungkinan ada bahan letupan. Isteri Daniel dengan suara lantang merayu lalu dia membuktikan isi keranda itu dengan membukanya tetapi tindakannya ini mendapat cemuhan dan dia cuba dibelasah kerana tidak mahu beralah. Tindak-tanduk isteri Daniel ini menimbulkan gangguan, sehingga hal itu disampaikan kepada seorang Pastor dalam kebaktian ketika itu. Mereka kemudian mengarahkan agar permintaannya dibenarkan dengan syarat mayat itu dibawa masuk tanpa keranda. Mayat Daniel dibawa masuk dan dilantarkan pada dua meja yang disatukan dalam sebuah bilik khas Sekolah Minggu. Beberapa orang percaya berkumpul dan mula berdoa sementara Reinhard Bonnke, yang mana tidak mengetahui hal ini sedang berkhotbah mengendalikan kebaktian.

Sementara mereka yang berada dalam bilik khas mula berdoa kepada mayat Daniel. Sedang mereka berdoa, tiba-tiba mayat tubuh Pastor Daniel bergerak menyisih. Kemudian mula bernafas. (pada ketika ini Reinhard Bonnke sudahpun meninggalkan premis kebaktian). Mereka yang berada disitu terus berdoa bersungguh-sungguh. Oleh kerana badannya masih keras kaku lalu mereka mula mengurut-urut tubuh Daniel. Apabila berita kejadian ini tersebar kepada orang ramai maka dengan cepatnya meluruh masuk menyebabkan bilik itu penuh sesak. Tiba-tiba Daniel bersin, bangun dan terus melompat. Dia mula pulih perlahan-lahan selepas beberapa jam kemudiannya. Kejadian Pastor Daniel mulai bangkit adalah dari jam 3.50 hingga 5.15 petang.

Berikut adalah cerita daripada Pastor Daniel sendiri tentang apa yang berlaku keatas kematian dan kebangkitan semulanya:

Rohnya telah dipimpin oleh malaikat naik ke syurga dan juga neraka. Daniel menjelaskan selang masa dari kematian dan kebangkitan semulanya hanya dia rasakan lebih kerang 15 minit sahaja, sedangkan tubuhnya terlantar lebih kurang 42 jam. Malaikat yang mengiringi sepanjang Roh Daniel diangkat ke Syurga dan Neraka telah menyatakan pesanan-pesanan penting kepada Daniel sebagai satu suara Tuhan. Pesanan khas ini ditujukan kepada semua umat Kristian dan Gereja untuk bersedia mengadap Tuhan.

Selepas beberapa ketika Daniel diangkat, ia melihat beberapa Malaikat yang lain juga ikut serta. Daniel menyatakan apabila dia kebingungan atau tertanya-tanya tentang sesuatu yang dialami atau apa yang dilihatnya, dengan sendirinya Malaikat itu akan memberitahu jawapan kepada Daniel.

Pertama, Malaikat itu memberitahu bahawa mereka akan pergi ke Syurga dan terus saja pada ketika itu mereka sudah berada di Syurga. Daniel melihat begitu ramai orang yang menyembah yang berpakaian putih. Daniel fikirkan itu adalah malaikat-malaikat, tetapi Malaikat yang mengiringinya memberitahu mereka itu adalah manusia yang semasa hidup mereka di dunia melayani Tuhan dan mempunyai iman yang betul-betul mentaati (kudus) kepada Tuhan Yesus. Semua mereka kelihatan sama umur dalam pertengahan dan tanpa perbezaan suku kaum dalam penampilan mereka. Mereka sedang menumpukan kepada satu cahaya terang sambil menyembah dengan mengangkat tangan dan berlutut secara serentak, seolah-olah ada kuasa elektrik yang aktif mengawal pergerakan mereka. Kemudian di tengah-tengah kumpulan itu terdapat seorang yang agak berumur. Daniel menyangka dia ini ialah Tuhan Yesus, tetapi malaikat yang bersamanya terus memberitahu dia adalah Abraham. Daniel berhajat mahu turut serta dalam kumpulan itu tetapi malaikat terus lagi membawa Daniel pergi ke Perumahan Mahligai yang Tuhan Yesus janjikan kepada mereka “iaitu kepada mereka yang didapati hidup kudus pada Hari Terakhir”. Seketika itu juga mereka berada di situ. Daniel menceritakan keadan perumahan itu tidak dapat ditandingi kecantikannya, oleh mana-mana rumah yang ada di dunia. Kelihatan ketinggian dan sempadan perumahan itu tidak berpenghujung dan terus-menerus bergerak. Biliknya berpusing segitu rupa yang dibuat seperti bahan lutsinar dan keadaan lantai yang bercahaya. Kelihatan bilik itu kosong tetapi ada suara menyanyi. Daniel hairan dari mana bunyi itu lalu Malaikat menunjukkan kepada Daniel bunyi itu dari sekumpulan bunga di sekeliling mahligai itu. Daniel mengamati bunga itu dan ia mendapati ianya bergerak dan berayun sambil bernyanyi memuji Tuhan. Malaikat itu berkata kepada Daniel “Rumah mahligai sudah siap tetapi anak-anak Ku belum sedia. Tuhan Yesus menangguhkan masanya sebab umat Gereja Kristian belum bersedia” (ada tertulis dalam 2 Petrus 3:12).

Seterusnya Malaikat membawa Daniel ke Neraka, dan terus ketika itu juga mereka berdiri di depan pintu gerbang Neraka. Malaikat mengangkat tangan kemudian menurunkannya semula lalu pintu neraka itu terbuka. Daniel dapat mendengar bunyi raungan dan tangisan yang ngeri orang yang ada di dalam yang penuh gelap itu. Lalu malaikat itu mengeluarkan sinaran maka terlihatlah oleh Daniel kumpulan manusia yang berada di dalam meraung kesakitan. Malaikat itu memperlihatkan Daniel kumpulan-kumpulan manusia yang diseksa. Pertama Daniel melihat kumpulan manusia yang memakan daging tubuhnya sendiri dan memuntahkan keluar kembali tetapi daging itu balik semula melekat ke tubuh mereka dan di makan lagi tanpa henti-henti. Malaikat memberitahu bahawa mereka ini adalah yang percaya ilmu ghaib/hitam (Sihir) telah membunuh dan memakan daging manusia sebagai pemujaan. Satu lagi kumpulan ialah orang-orang pelacur dan penzinah sedang memusnahkan alat kelamin mereka tapi timbul membesar kembali dan dimusnahkan lagi tetapi timbul lagi. Pastor Daniel juga melihat bekas pemimpin Diktator Nigeria. Dia juga melihat orang yang mengamalkan ajaran sihir(ilmu ghaib) dan menjauhi ajaran Tuhan, dan dia juga melihat seorang Pastor yang menggelapkan wang Gerejanya dan tidak mahu mengaku perkara ini telah dilakukannya. Bekas Pastor itu cuba merayu kepada Daniel bahawa dia akan memulangkan wang gereja sekiranya dia dapat menolong mengeluarkan dia daripada neraka itu.

Walau kumpulan mereka ini kelihatan mengalami penyeksaan yang berbeza-beza tetapi semuanya menghadapi penderitan yang berterusan dan kekal. Semua mereka menjerit-jerit tersiksa.

Malaikat terus mengiringi Daniel dan memberitahunya “jika bukan kerana rekod kamu untuk dipanggil ke sini, dengan pastinya kamu akan dilemparkan ke dalam Neraka”. Daniel terus mempertahankan dirinya dengan berkata “saya adalah hamba Tuhan, saya melayani dengan sepenuh hati saya” tetapi malaikat itu terus mempertunjukan ayat Alkitab di atas telapak tangannya kepada Daniel. Daniel terlihat Injil Matius 5 di telapak tangan Malaikat itu, yang mana ayat ini mengatakan jika kamu mengatakan seseorang yang dia “bodoh” maka ini sudah cukup melayakan orang itu dilemparkan ke dalam neraka (Lihat Matius 5: 21-22). Lalu Daniel teringat kesalahannya kerana ada perkataan yang dia keluarkan semasa dia marah terhadap isterinya. Malaikat juga mengingatkan kepada Daniel bahawa janji Yesus iaitu “Tuhan tidak akan mengampuni dosa kita jika kita tidak mengampuni kesalahan orang lain terhadap kita (lihat Matius 6:14-15) kerana kita akan menuai apa yang kita tabur. Hanya yang bersikap pengasih/lemah-lembut hatinya akan mendapat belas-kasihan (Matius 5:5,4-10). Malaikat memberitahu kepada Daniel yang doanya semasa terlantar di Hospital tidak memberi apa-apa kesan kerana dia tidak mengampuni permintaan isterinya walaupun isterinya cuba berbaik pada sebelah pagi di hari kemalangan terjadi. Lalu Daniel mencucurkan airmatanya dengan wahyu ini, tetapi malaikat itu memberitahu jangan menangis kerana Tuhan akan menghantarnya kembali ke dunia sebagai memenuhi permintaan si Orang Kaya (lihat Lukas 16:27-30). Daniel sebagai seorang yang akan balik dari kematian dan memberi amaran kepada manusia mengenai kesiksaan ngeri di neraka. Malaikat menjelaskan bahawa kebangkitan yang terjadi kepada Daniel akan menjadi bukti sebagai “TANDA” dan menjadi “AMARAN TERAKHIR untuk “GENERASI INI”. Malaikat memberitahu supaya mencatat dalam fail semua yang diberitahu dan yang dilihatnya itu.

Akhir sekali Malaikat membawa Daniel naik ke puncak gunung di mana sebuah lubang besar yang sangat gelap. Malaikat itu menyerahkan Daniel kepada seseorang yang dia tidak dia kenali sedang berdiri di situ. Daniel tidak mengetahui siapa orang itu tetapi dia kemudiannya menyedari bahawa dialah Penginjil bangsa Jerman, Reinhard Bonnke. Malaikat memberitahu bahawa orang ini akan membantunya menyebarkan berita Injil Keselamatan.

Kedua-dua mereka melompat serentak ke dalam lubang gelap itu. Pada ketika itu juga Daniel tiba-tiba bangun melompat dari meja di mana dia dilantarkan di Gereja Grace Of God pada ketika itu dan Daniel mengeluarkan suara “di mana fail saya!, dimana fail saya!.... Dia kembali hidup semula dari kematian selepas terlantar mati selama sekurang-kurangnya 42 jam, hampir dua hari yang penuh.

Sebagaimana yang kamu sangkakan, Pastor Daniel amat menekankan khotbah betapa pentingnya mengampuni mereka yang berbuat salah terhadap kita supaya tidak ada sesiapa yang menerima nasip menderita kekal yang hampir dia sendiri terjerumus. Betapa pentingnya patuh kepada suruhan atau perkataan Tuhan berkaitan saling mengampuni dan berjalan dalam kasih sesama yang lain dan juga taat kepada segala rukun-rukun ajaran Tuhan. Sebenarnya inilah masa bagi Gereja untuk bertaubat dan “menekankan perdamaian dengan semua orang, dan tanpa kekudusan tidaka sesiapa akan melihat Tuhan (Ibrani 12:14). Jangan mendengar ajaran oleh pengajar palsu yang mengatakan ketaatan tidak perlu untuk mendapat kehidupan yang kekal itu. Yesus memberi amaran hanya mereka yang hidup menurut kehendak BapaNya akan memasukki kerajaan Syurga (lihat Mat 7:11). Jangan mendengar sesiapa yang berkata apabila selamat sekali maka akan terjamin selamat selama-lamanya. Yesus memberi amaran kepada PengikutNya waktu itu (lihat Mat 24:1-3) bahawa ada kemungkinan ada di antara mereka tidak bersedia apabila dia datang kembali dan akan termasuk dalam Neraka (lihat Mat24:42, Mat 25:46)

Ambil peringatan bahawa Pastor Ekechukwu tidak boleh dipersalahkan hanya kerana oleh satu dosanya yang tidak dapat diampuni. Ada beberapa lagi yang lain dosanya yang dia akui semasa dia menghampiri kematian. Tetapi sifatnya yang tidak memaafkan telah memansuhkan segala permintaan doanya. Jika kita menginginkan supaya Tuhan mengampuni kita, kita mesti dahulu mengampuni orang lain. Itulah yang Tuhan katakan.

Adakah anda sedia berdiri di depan Yesus denga penuh ikhlas dan tanpa ada kesalahan?.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar